CIRI- CIRI WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH
1. Kecantikan Dalaman
~Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya
tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai
dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.
2. Keanak-anakan~Lelaki suka membela, menjaga, membimbing dan melindungi justeru mereka
boleh berperanan menjadi pelindung kepada mereka.Keperibadian wanita
yang manja keanak-anakan memang merupakan salah satu keindahannya namun
tidaklah berkeanak-anakan yang melampau kerana akan menunjukkan bahawa
diri wanita itu tidak matang.
3. Cantik
~NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita
cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik
pada akhlaknya.
4. Berakhlak Mulia~
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita
yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri,
pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai
mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang
solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan
berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga
aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau
bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran
tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik
mereka.
5. Berpegang pada agama~
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”
6. Dari keturunan yang baik-baik.~
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki.
Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina
atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita
idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa
memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.
7. Bijaksana~
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang.
Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup
bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah
yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita
idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
8. Tidak mempamerkan keseksian~
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari
perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya
seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)
9. Tidak Cerewet~
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.
10. Memahami lelaki~
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan
diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan..
kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang
sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7
malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar
ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama
telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam
baru sampai di rumah.
11. Tidak terlampau cemburu~
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang
telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang
yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum
berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang
lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
12. Sejuk mata memandang.
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.
13. Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi~
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.
14. Canggih~
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa
tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan
menutup aurat.
15. Mempunyai persamaan yang bermakna~
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul
bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal
jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya
masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab
itulah burung itu dapat bersatu”.
16. Pemaaf~
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah
digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.
17. Seimbang~
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.
18. Berkeyakinan diri
19. Mempunyai ‘body language’ yang baik.(Diulangi, body language
ye,samada cara percakapan,kawalan diri di hadapan org ramai dan
sbgnya.Yang penting bukan bentuk body seseorang wanita itu yg jd
ukuran..:p
Tidak ada komentar:
Posting Komentar